Mod kabel Sony utk Pocket Wizard

Kita berehat sebentar dari gambar-gambar weddings bagi memberi laluan kepada tutorial yg saya ingin kongsikan kepada pengguna sony DSLR yg suka bermain lampu denyar (flash).kabel ini perlu dimodifikasi bagi membolehkannya berfungsi pada flash sony.antara flash yang compatible adalah HVL-F58AM, HVL-f56AM, MINOLTA 5600 HS (D) dan juga beberapa flash minolta yg mempunyai port yang sama.

AMARAN :: SEBARANG KEGAGALAN UNTUK ANDA MENCUBA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA ADA BERLAKU PERKARA YANG TAK DIINGINI!

ini merupakan bahan-bahan yang diperlukan
- 1 cable FA-MC1AM
- 2 mono mini jack
- solder dan timah
- cutter dan black tape

:: berikut ada gambar kabel/jack yg digunakan ::

kabel FA-MC1AM

mini jack (mono)

:: Langkah-langkah ::


1. kabel FA-MC1AM ini mempunyai dua kepala yg sama.kerat/bahagi 2 kabel ni utk menghasilkan 2 kabel yg sama.


2. setelah dikerat,kita keluarkan kesemua wayar didalamnya.


3. ada 4 wayar didalamnya..merah,putih,hitam dan copper (tidak berpenebat)..


4. kita cuma perlukan 2 wayar sahaja iaitu copper dan merah.dimana copper adalah ground wire dan merah adalah wayar yg berfungsi untuk menghantar signal.2 wayar yg lain kita kemaskan dan balut dgn black tape bg mengelakkan litar pintas.


5. kita solderkan kedua wayar ini.pada mini jack tersebut terdapat 2 pengalir elektrik.1 yg panjang kita sambungkan kepada wayar cooper,manakala yang pendek disambungkan pada wayar merah seperti digambarajah di atas.


6. kemaskan wayar sebelum kita tutup minijack tersebut.


7. ok,siap!beginilah rupa wayar tersebut setelah siap.

:: Sesi percubaan ::
sesi percubaan ini kita gunakan phottix aster kerana saya tidak mempunyai pocket wizard.konsepnya sama kerana kedua-duanya menggunakan minijack port untuk berfungsi.

Cubaan 1

BERJAYA!

Cubaan 2

BERJAYA!

:: Kesimpulan ::
modifikasi ini amat mudah dan berjaya dilakukan dalam masa 10minit.tujuan saya membuat modifikasi ini adalah untuk digunakan pada radio trigger pocket wizard yg sangat bagus (akan dtg nk bli).

:: Kelebihan ::
penggunaan kabel ini dapat memudahkan lagi setup strobist pada flash sony.dan juga sangat boleh diharapkan kerana ianya stabil dan kukuh berbanding menggunakan hotshoe converter (seperti gambarajah dibawah)


ISO to Sony shoe converter (item kanan) digunakan bersama pada receiver trigger


begini la rupanya pabila digunakan bersama flash

utk review penggunaan phottix aster,
buleh la klik link dibawah
phottix aster review

:: Credits to ::
CJLai – for helping me find the cable
BossBesaq – for helping me assemble it

Amelia & Khairul 29 Mei 2010

Bertemu kembali,..
kali ini saya bawakan episod kedua penyatuan cinta romantis pasangan Khairul & Amelia.Majlis diadakan di Ipoh pada 29 Mei 2010 dengan meriah sekalik.dan entry kali ini agak berbeza dimana pertama kalinya saya mengadakan shooting di studio saya sendiri..so,enjoy!!!

for best view,please click the picture to view in full screen.TQ

Solemnization Amelia & Khairul 28 Mei 2010

Salam,
agak lama saya tidak mengupdated ape-ape entry untuk blog saya ni.kini saya kembali dgn musim cuti skolah yang membawa kepada kesibukan untuk semua wedding photographer.Pasangan ini berasal ipoh perak merupakan adik kepada rakan saya, Diana dan juga junior saya semasa dibangku skolah.Kami bagi pihak Khacamata Art & Studio mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru!

coming soon event for the next 2 days…

Pre-wedding Emy & Wafi 18.4.2010

Berpeluang untuk mengambil gambar prewedding satu pasangan romantis di TGV Ipoh dengan kolaborasi sheikhphoto.since ini adalah prewedding,saya menterjemahkannya dalam bentuk fotovella.harap dapat difahami oleh semua kerana gambar yang disusun mempunyai jalan ceritanya!..

special thanks to TGV Kinta City, Ipoh kerana membenarkan kami membuat pengambaran di sana selama 1 jam (9.00pg – 10.00pg)..

Profile Shoot :: Atiqah Azizi

Salam semua,..
berkesempatan menyiapkan profile jurumekap khacamata iaitu atiqah azizi.sesi ini juga diserikan dengan pembantu atiqah azizi yang baru,suzana.di samping itu, terdapat juga model yg terlibat bagi menjayakan sesi profile shooting ini.akan tetapi,gambar model tersebut akan saya masukkan bersama entry yang akan menyusul kemudian.so,tunggguuuuu…..

WordPress Themes