Author Archive



Jalanan Terengganu :: Part 3 – The End

Sunday, April 4th, 2010

Habis sudah di Galeri Noor Arfa,
kami ke Pasar Payang.utk ape?shopping kain batik dan jgk shopping kopok kering.tak byk sangat membeli sbb kami dlm keadaan bajet yg terhad.oh ya,terima kasih pada encik Jarri @ fazari sbb tlg bwk jln-jalan kt Pasar Payang tu (siap tlg nego lg).saya tak banyak snap gambar disana.sebab apa?sebab kene baby sit si umaira ni.mama dia udah rabun mata tengok banyak sgt baju chantek-chantek..

sempat saya merakamkan aksi si manja bermain dgn kain.sronok dia.almaklumla,dia pun perempuan jgk.naluri wanita le katakan..setel je kami terus bertolak blk ke Dungun tempat kami menginap.Mael aviator21 bawak aku mkn mlm tu.setel 1 hari..thanks pada kawan-kawan yang sudi lepak dan blanja kami…

Hari berikutnya saya sibuk membantu rakan saya kendurik di sana.walaupun begitu,masih sempat bergambar bersama rakan-rakan dan mengabadikan kenangan di tepi pantai dungun

lusa baru kami blk (hari ahad to be exact).bertolak awal pg,kemudian smpai ipoh malam hari…senin dan selasa cuti sakit sbb saya tak sihat.demam kene hujan..

ok,..setakat tu nk mencoret kisah perjalanan ke negeri orang.berjumpa lagi di lain waktu!

THE END

Papa Rock Live At Kuala Sepetang

Monday, March 29th, 2010

Salam Semua,..
alhamdulillah, saya diberi peluang bg membuat liputan bergambar sepanjang Majlils Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Perak yang diadakan pada hari ini (Isnin 29 Mac 2010) di Pusat Eko-Pelajaran, Kuala Sepetang.(nanti saya akan postkan liputan penuh majlis ini).

Pesembahan bertambah gamat lagi pabila diserikan dengan kehadiran ikon alam sekitar iaitu Ramli Sarip.persembahan juga diselang selikan dengan pendeklamasian sajak oleh amir rajawali.so,..mari kita enjoy gambar!

oh,..terpukau dengan suaranya yg ROCKKU!!!!LIVE depan mata!

mmg mengancam persembahan dia!

sempat juga bergambar dengan papa rock sblm persembahan bermula


picture are courtesy of purpledarwish
(more…)

Jalanan Terengganu :: Part 2

Sunday, March 28th, 2010

Sesudah kami selesai berjalan di masjid kristal,kami bergerak ke Bandar Kuala Terengganu.Singgah sebentar di Kg Losong bg menjamah kropok lekornya yang terkenal.abih mkn kopok lekor,kami singgah MCD utk bg makan pada si kenit ni dgn bubur ayam..

Setel je ke situ,kami melawat Galeri Noor Arfa…

Ape?tak kenal Noor Arfa?
tak pe,tp pada si perempuan mesti tau sbb galeri ni terkenal dgn kain batik dan sutera yg berkualiti tinggi dan bagus.

harga?jangan tanya,g tengok baru tau…tgk koleksi yg ada…banyak kan????

kami pon membeli.tapi idak le bnyk.sempat jgk saya snap cara pembuatan kain batik di sana..

Sempat lagi bergambar kenangan di sana sebelum pulang..

untuk info lebih lanjut mengenai Noor Arfa,
bolehla melayari laman web rasminya di www.noor-arfa.com.my

to be continued,…

Tutorial : Perbaiki Flash Minolta 5600

Thursday, March 25th, 2010

Salam semua,..
agak pelik entry kali ini kerana saya memberikan anda semua tutorial cara memperbaiki kaki flash minolta 5600 HS secara sndiri @ D.I.Y. le org cakap.baru-baru ini flash saya ini dilanda malapetaka yang menyebabkan kaki flash itu patah.

Oleh kerana flash ini berkongsi parts yg sama macam sony HVL-F56am (Sony rebranding flash ni dan mencedok teknologi flash minolta ini bulat-bulat), saya pun ambil keputusan untuk memesan parts dr HVL-F56am yang bernombor kod X21484491 yang berharga RM 102.00.Mengenangkan kembali flash ini telah tamat tempoh jaminannya,saya gagahkan diri.

AMARAN ::
SEBARANG RISIKO ATAU KEROSAKAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU APA-APA MALAPETAKA PADA FLASH ANDA!!

Tanpa berbicara banyak,mari kita mulakan operasi..


1. Mula-mula,…kita bukak 4 batang skru kt bawah flash tu.


2. Haa,…camni le rope dalam tu.ada 2 connector.


3. Ok,..kita cabut connector yang bersambungan dengan kaki flash tersebut.


4. Camnila rope kaki flash yang telah dicabut.


5. Kita tengok kedua-dua nya…yang disebelah kanan gambar adalah kaki lampu denyar yg lama dan sebelah kiri adalah yang baru


6. Kita tengok bahagian belakang pulak,..


7. Kemudian kita sambung kembali pada tempat penyambung yang telah kita buka.


8. Lastly, kita ikatkan kembali ke empat-empat skru yang telah kita cabut tadi.ok,..siap…

Sekarang,
Kita cuba tengok macamana.berhasilkah ia?

:: Cubaan Pertama ::
Ambil gambar secara mendatar…


BERJAYA!

:: Cubaan Kedua ::
Ambil gambar secara menegak…

BERJAYA!

OK,dah berjaya pn.selamat dan suksess semuanya.
pada sesiapa yang menghadapi masalah sebegini,boleh buat rujukan melalui tutorial saya.tp ingat,pastikan warranty flash anda telah habis.kalau ada lagi warranty, baik hantar balik ke service center.

SELAMAT MENCUBA..

akan datang ::
Tutorial : Perbaiki Flash Sony HVL-F58am

Jalanan Terengganu :: Part 1

Monday, March 22nd, 2010

Alhamdulillah,
saya berpeluang utk bercuti bersama family pada minggu lepas ke Terengganu sambil menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan UTM dulu-dulu.Lokasi menginap kami di Dungun,tetapi berjalan-jalan kt Kuala Terengganu.hahaha,..

Destinasi kami yang pertama,
Masjid Kristal, Kuala Terengganu.Memang chantek masjid ni.Tapi sayangnya,tak besar rupenya.hanya sekadar hiasan dan kebetulan terletak bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. Saya tak sempat masuk kerana berkejaran menuju ke destinasi lain (masa terlalu cemburu)..

to be continued,…


Facebook
Iklan