Author Archive



:: Saiful + Rahil | 12.11.11 [part2] ::

Sunday, February 19th, 2012

As-salam,
ketemu kembali ke episod dua penyatuan saiful dan rahil di teluk intan.terima kasih diucapkan buat keluarga En Razak atas layanan yg teramat istimewa kepada kami selama 2 hari disana merakamkan kenangan majlis ini.tanpa membuang masa mari kita tontoni gambar

Konsert Raja Pop Jamal Abdillah, Ipoh.

Sunday, February 12th, 2012

Alhamdulillah,
diberi peluang utk berehat sebentar sambil melayan hiburan bersama raja pop tanah air,Jamal Abdillah di satu konsert pada 28 Januari 2011 bertempat di Stadium Indera Mulia baru-baru ini.saya berpeluang pergi bersama sahabat saya, bee dan juga beberapa rakan yg lain seperti ariff (muke brutel tp jiwa taman),naqshi serta abam kudin kita.

Konsert dianjurkan bersama Geng Bastand Ipoh dengan kerjasama beberapa nama besar lagi menarik ramai penonton dari seluruh pelusuk negeri disemananjung malaysia.Persembahan dimulakan oleh Bombay band (katanya berasal dr ipoh) dan juga diacarakan oleh saudara yop aziz kita dari perak.fm yg kita sedia maklum celoteh berloghat perak.saya tidak terasa ingin membuat review konsert ini kerana berlainan genre dgn mana-mana konsert yg saya reviewkan.cuma kali ini saya bawakan gambar bagi tontonan kita semua…”selamat menonton”

Ghazal untuk Rabiah

Sandarkan Pada Kenangan

:: Saiful + Rahil | 11.11.11 [part1] ::

Sunday, February 5th, 2012

As-Salam
seperti yang saya janjikan pada posting sebelum ini,kali ini saya bawakan latest entry bagi tarikh keramat 11.11.11 dimana titik permulaan bagi penyatuan kasih Saiful & Rahil di Teluk Intan, Perak.Pasangan merupakan couple yg sungguh romantik dan sporting skalik.terima kasih atas layanan yg telah diberikan sepanjang kami membuat liputan.tontonilah gambar mereka utk part 1 episod penyatuan kasih..

Explorasi Kledang Saiong Wilderness Park

Thursday, February 2nd, 2012

As-Salam dan Salam Sejahtera Semua,
bertemu utk entry di dunia maya kali ini pada awal febuari 2012.entry berkisarkan kawasan tapak rekreasi yg tengah dalam proses dibangunkan.kawasan terletak di Bio-Dcity, Meru Raya Ipoh yg sedang dibangunkan oleh Jab. Perhutanan Negeri Perak bertujuan utk pusat rekreasi di kawasan Meru.Jadi,pada pelawat dan pengunjung yg ingin ke sini harap bersabar sehingga infrastruktur siap.

Saat dan tatkala saya menulis entry ini,adalah masa kelapangan saya setelah selesai semua album kahwin utk tahun 2011.insyaallah,gambar-gambar pasangan pengantin yg saya ambil akan diupdated skt masa lg.Maka bermulalah perjalanan kami ke sana pada 28 Januari 2012 pada awal pagi.

Image by Syed Hishamudin a.k.a hesome

Perjalanan hendak memasuki kawasan ini agak sukar kerana tanpa infrastruktur yg baik seperti jalanraya menyukarkan kami.nasib baik ade kereta berpacuan empat roda kepunyaan Salam,maka perjalanan kami dipermudahkan sikit.akan tetapi kereta hilux tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan dek kerana tayarnya on-da-road maka kami terpaksa berjalan kaki sedikit.

Perjalanan dari tempat letak kereta kami ke destinasi pertama kami tak jauh.dalam satu kilometer dalamnya.sepanjang perjalanan kaki kami ni,kami diuji dengan cabaran jalan berlecah dan becak.ini menyukarkan perjalanan pada mereka yg berkaki-selipar (saya pakai kasut ke hutan,hahaha!) sehinggakan terpaksa berhenti seketika memberi peluang kepada salah seorang dari kami berehat mengambil angin sebelum meneruskan perjalanan.(siapa yg pancit tu?silalah teka ye)

setibanya ke kawasan berair terjun yg pertama,kami berhenti bagi mengambil gambar khazanah kawasan air terjun yg belum terusik ini.rancangan asalnya nak naik lagi ke dalam bagi tujuan mandi manda,tapi disebabkan ada masalah kepancitan pada salah seorang dari kami,maka hasrat itu dibatalkan.nampak gayanya kene repeat lagi le lepas ni..

kami berehat dan meng-abadikan gambar kami disini dalam masa lebih kurang 2 jam disana sebelum kami beredar.tujuan kami masuk kawasan ini,adalah bagi mendapatkan gambar khazanah keindahan air terjun sebelum orang lain datang.faktor keselamatan perlulah dijaga.sebelum masuk ke kawasan ini sempat saya membuat makluman ke pada kakitangan jabatan yg berkaitan tentang tujuan kami ini.

ok,setakat ini saya menulis.insyaallah,lain kali jika diberikan peluang ke kawasan ini lagi saya akan journalkan perjalanan dengan gambar sepanjang perjalanan ke sini.hari tu tak sempat buat sebab risaukan keselamatan rakan yg lain.sempat juga lah ambil gambar dalam kereta semasa hendak pulang..orait,..bai!

Sony Malay Bridal Workshop – Batu Gajah, Perak

Thursday, January 19th, 2012

Image by Nor Haz Lan from my Camera

As-Salam dan Selamat Sejahtera
kita berehat sebentar dari koleksi gambar-gambar perkahwinan bagi memberikan ruang kepada satu lagi aktiviti saya yg menjurus ke arah fotografi. Satu workshop berjaya diadakan bersama Sony Malaysia pada 15 Jan 2012 sebagai menyambut kalendar lebaran 2012 dengan kerjasama ahli,jawatankuasa serta orang perseorangan daripada Perak Alpha Legion.

Perak Alpha Legion diasaskan oleh Gondo adalah satu kumpulan yang bergerak melalui medium semasa sebagai langkah merapatkan serta mengumpul pengguna kamera di merata perak secara amnya, pengguna sony DSLR/DSLT mahupon Konica Minolta secara khususnya.Tujuan utamanya bagi mengadakan aktiviti sihat, sesi beramah mesra serta segala outing & kelas samaada secara sendiri mahupun membuat kerjasama bersama Sony Malaysia.

ok,cukupla sesi briefing dan pengenalan stkt ni mengenai Perak Alpha Legion.nk tau layari www.perakalphalegion.com.Untuk pengetahuan semua,tika dan masa saya menulis entry ini,saya tengah bertungkus lumus menyiapkan ke semua album yg telah ditangkap sekitar hujung tahun 2011 (ada yg dah deliver).

maka bermulalah workshop tersebut dengan tenaga pengajar NorHazLan dibawakan oleh Sony Malaysia berkonsepkan Malay Bridal yg bertujuan membuat pendedahan mengenai foto kahwin melayu serta beberapa perbincangan ilmiah. Turut dimeriahkan bersama tenaga pengajar bagi Sony Landscape Master Class yakni stockie dan beberapa lagi rakan-rakan yg lain.

orait.banyak juga yg kami belajar,tp apa yg penting semangat berkawan yg menyebabkan meriahnya workshop ini.workshop ini bukan sahaja dihadiri pengguna Sony/Konica Minolta sahaja,bahkan dari rakan-rakan pengguna yang lain.pada saya, apa yg penting adalah semangat bersama berkawan belajar…

(more…)


Facebook
Iklan