Archive: ‘Me,Myself and I’



Pangkor Island [part 2]

Sunday, April 29th, 2012

As-Salam,
ketemu kembali ke bahagian ke 2 siri Jelajahan Pangkor.Ramai yang tertanya,kenapa ada bahagian kedua?bahagian kedua ini merupakan bahagian dimana saya akan meletakkan kesemua gambar-gambar sunset.dua gambar dibawah ini adalah gambar sunset dari atas bot sahaja.ini kerana hari pertama ketibaan saya ke sana,kami membuat lawatan ke Pulau Sembilan.Manakala gambar-gambar yg lain diambil di pantai Pangkor Island Beach Resort.mari kita layan gambar permandangan matahari terbenam!

Pangkor Island [part 1]

Sunday, April 15th, 2012

As-salam semua,
kali ini saya berpeluang berjalan dan bekerja dengan paksa suka & rela ke satu destinasi percutian yg menarik sempena tahun melawat perak,2012.dimana?of coz Pangkor.Mungkin ada diantara kita pernah melihat entry saya sebelum ini di Pangkor juga.akan tetapi,bukan mudah kalau kita nk cover setiap penjuru pangkor tanpa perlu menginap di sesuatu destinasi..

entry kali ini saya namakan part 1 bagi lokasi Pangkor Island Beach Resort dimana bertuahnya sunset melabuhkan tirainya di pantai ini.tapi utk part 1 ni saya tak masukkan gambar-gambar sunset,tetapi gambar permandangan diwaktu siangnya.mari kita tontoni gambar!

oh ye,tak dilupakan lokasi wajib dan bersejarah di Pangkor, Kota Belanda.Sila Google utk details dia sbb gambar ni diletakkan sbg selingan!hihihihi…..

Kuala Lumpur :: Siang Malam

Saturday, March 31st, 2012

As-salam Semua,
kembali mengupdet entry bermoodkan landscape pulak kali ini.pada weekend yg lepas saya sekeluarga berjalan ke Kuala Lumpur dengan tujuan isteri saya berkursus.kami menginap di Regency Hotel, Kuala Lumpur yg berdekatan dengan Chow Kit.saya?ditugaskan untuk menjaga anak sepanjang minggu lepas.pabila bosan dan berpeluang,ini la gambar yg terhasil.smua gambar diambil dari atas hotel..

dan mana pula gambar kami sekeluarga?hmm,..mmg tak ada pun.tak sempat nk snap gambar.kesemua gambar landscape ni diambil ketika anak dan isteri saya tengah tidur.ini aje lah peluang nk ambil gambar kebetulan saya di kuala lumpur.ok,sehingga menulis lagi…bye!

Sony Alpha Flash Workshop – Ipoh

Saturday, March 10th, 2012

Image by Jamal Jermi

As-Salam
kembali ke musim cuti sekolah yg bakal menyibukkan kembali ramai jurugambar perkahwinan.kali ini entry yg agak lain kerana entry ini berkisarkan tentang Alpha Flash Workshop yg telah diadakan pada 3.3.2012 di Ipoh anjuran Sony Malaysia.

Saya,selaku ahli Perak Alpha Legion juga turut membantu Jamal,yakni coordinator dan juga rakan kepada saya bagi persediaan workshop ini dengan menyediakan props seperti congkak,model dan juga backdrop hitam bagi menjayakan workshop ini.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.Sambutan workshop ini luar dari jangkaan dimana kehadirannya melebihi daripada list yg berdaftar.

terima kasih kepada rakan-rakan dari Perak Alpha Legion dan juga rakan-rakan lain yg hadir memeriahkan workshop ini.Memang seronok dan enjoy sungguh kami ketika itu.Kami di Perak Alpha Legion berharap agar dapat banyak lagi workshop dan kelas secara hands on ini diadakan di negeri Perak.tanpa menaip lg panjang, mari kita tontoni beberapa gambar model yg sempat saya ambil ketika workshop ini.

(more…)

Hi-Tea Strawberi di Ipoh

Friday, February 24th, 2012

As-salam,..
berkesempatan bercuti beriadah bersama keluarga di Ipoh juga dengan entry yg agak santai.sebenarnya kedai ni dah lama berada di ipoh.mungkin ramai tidak percaya bahawa terdapat strawberi segar di Ipoh ni tanpa perlu kita ke Cameron Highland.haaa..inilah yg saya ingin ceritakan pada entry saya kali ini..

Tempat yg saya maksudkan ialah Singbery.kedai yg terletak di Ipoh Garden,belakang Parkson Ipoh Garden yg lama,yakni di sekitar kawasan hospital pantai di Ipoh.mengapa saya ke sini dan tidak ke Cameron Highland bagi menikmati strawberi?

Sebab utamanya adalah kerana saya ingin berehat.perjalan ke Cameron Highland agak memenatkan kerana keadaan jalannya yg berliku.tambahan pula saya hanya ingin menikmati strawberi segar,tak perlu teh,sayur-sayuran dan udara sejuk di Cameron.jadi buat ape perlu saya ke Cameron sedangkan di Ipoh buleh…

Menurut empunya kedainya,strawberi yg ada disini adalah segar dibawa turun dari Cameron Highland bagi tujuan jualan yg dipetik di ladang mereka sendiri.anda semua dapat memilih utk menikmati strawberi segar (tapi kt sini takde pokok la) yg disediakan disini.

ada juga mitos yg mengatakan bahawa jika kita bawa pulang strawberi itu ke tanah rendah (selain cameron lah) strawberi itu akan berasa masam.andaian itu silap,kerana dekat kedai ni strawberi ni tetap juga rasa manis.anda ble terus makan dari tray yg disediakan ataupon olah strawberi itu mengikut kemahuan.

oh ye,satu petua yg saya pelajari dari kunjungan ke kedai ini..jangan masukkan strawberi ke dalam peti ais.nnti buahnya itu akan masam.jika rumah kita ada penghawa dingin (sejukkan ke tahap mcm kt cameron) biarkan buah itu disuhu bili berpenyaman udara.insyaallah manis lagi..

begitu gembira sekali family saya melayan strawberi.insyaallah ada rejeki mesti ke cameron highland juga.tunggu adek sorfina ni besar skt bru pegi.oh ye,cuba la ke sini jika ada kelapangan.sehingga menulis lagi..terima kasih!


Facebook
Iklan