Archive: ‘My Journey’



Explorasi Kledang Saiong Wilderness Park

Thursday, February 2nd, 2012

As-Salam dan Salam Sejahtera Semua,
bertemu utk entry di dunia maya kali ini pada awal febuari 2012.entry berkisarkan kawasan tapak rekreasi yg tengah dalam proses dibangunkan.kawasan terletak di Bio-Dcity, Meru Raya Ipoh yg sedang dibangunkan oleh Jab. Perhutanan Negeri Perak bertujuan utk pusat rekreasi di kawasan Meru.Jadi,pada pelawat dan pengunjung yg ingin ke sini harap bersabar sehingga infrastruktur siap.

Saat dan tatkala saya menulis entry ini,adalah masa kelapangan saya setelah selesai semua album kahwin utk tahun 2011.insyaallah,gambar-gambar pasangan pengantin yg saya ambil akan diupdated skt masa lg.Maka bermulalah perjalanan kami ke sana pada 28 Januari 2012 pada awal pagi.

Image by Syed Hishamudin a.k.a hesome

Perjalanan hendak memasuki kawasan ini agak sukar kerana tanpa infrastruktur yg baik seperti jalanraya menyukarkan kami.nasib baik ade kereta berpacuan empat roda kepunyaan Salam,maka perjalanan kami dipermudahkan sikit.akan tetapi kereta hilux tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan dek kerana tayarnya on-da-road maka kami terpaksa berjalan kaki sedikit.

Perjalanan dari tempat letak kereta kami ke destinasi pertama kami tak jauh.dalam satu kilometer dalamnya.sepanjang perjalanan kaki kami ni,kami diuji dengan cabaran jalan berlecah dan becak.ini menyukarkan perjalanan pada mereka yg berkaki-selipar (saya pakai kasut ke hutan,hahaha!) sehinggakan terpaksa berhenti seketika memberi peluang kepada salah seorang dari kami berehat mengambil angin sebelum meneruskan perjalanan.(siapa yg pancit tu?silalah teka ye)

setibanya ke kawasan berair terjun yg pertama,kami berhenti bagi mengambil gambar khazanah kawasan air terjun yg belum terusik ini.rancangan asalnya nak naik lagi ke dalam bagi tujuan mandi manda,tapi disebabkan ada masalah kepancitan pada salah seorang dari kami,maka hasrat itu dibatalkan.nampak gayanya kene repeat lagi le lepas ni..

kami berehat dan meng-abadikan gambar kami disini dalam masa lebih kurang 2 jam disana sebelum kami beredar.tujuan kami masuk kawasan ini,adalah bagi mendapatkan gambar khazanah keindahan air terjun sebelum orang lain datang.faktor keselamatan perlulah dijaga.sebelum masuk ke kawasan ini sempat saya membuat makluman ke pada kakitangan jabatan yg berkaitan tentang tujuan kami ini.

ok,setakat ini saya menulis.insyaallah,lain kali jika diberikan peluang ke kawasan ini lagi saya akan journalkan perjalanan dengan gambar sepanjang perjalanan ke sini.hari tu tak sempat buat sebab risaukan keselamatan rakan yg lain.sempat juga lah ambil gambar dalam kereta semasa hendak pulang..orait,..bai!

Siri Jalanan Zoo Taiping

Wednesday, November 9th, 2011

As-salam semua,
kali ini kita lainkan sedikit entry dengan cerita pasal diri saya pula.kenapa?lama bebenor rasanya tak update entry pasal diri sendiri walhal ni blog teman.hahahah..so just nk share few pix semasa kami berjalan ke zoo taiping..

sebenarnya tak plan pon nk ke sini.saya ditugaskan pada 9 oct haritu menghantar cendrehati ke Kuala Kangsar sempena Lawatan rasmi puspanita ke sana.alang-alang terlajak le ke zoo ni.banyak berubah dah tempat ni.berpuluh taun rasanya tak datang.maaf le pasal tak banyak sangat gambar sbb most of the time naik train dlm zoo sbb malas nk jalan kaki (few shots pakai talipon,malas nk share kt sni).

anyway terhibur si kakaknya pergi zoo,mmg tak nak balik.nsb baik dah lewat.aritu mmg seronok nya dia sampekan panggil nk bergambar pon payak dek kerana kusyuk dengan haiwan di zoo..hahah!

Berglemores bersama artis ~ nk glemer juge….

Wednesday, May 4th, 2011

As-salam semua,..
maaf kerana tersunyikan diri beberapa ketika.ini kerana faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatan saya pon turut tergangu.walaubagaimana pun, ini sedikit sebanyak tidak menggangu sangat entry ini ditulis (ketika entry ini ditulis,saya baru je pulih dr demam)..

orait,alkisah saya diberi peluang orang rakan-rakan saya di yob4ever mengikuti dan mengcover majlis resepsi zaffa dan azmelia.zaffa ini pula merupakan anak sulung pengarah melayu terkenal, mamat khalid.seperti yang sedia maklum dan dimaklumkan sekarang, mamat khalid sangat rapat dengan ahli forumer yob4ever.maka kami di yob4ever diberi mandat bagi menbuat liputan bagi majlis ini.dimanakah gambar pengantinnya?gambar pengantinnya akan menyusul kemudian.ape yg timbul cuma gambar saya dan rakan-rakan bergambar bersama artis-artis tersohor tanah air.

banyak plak cakap,moh kite layan gambonye!(niat bkn nk riak,cume berkongsi pada semua sahaja).


(more…)

Buntong Falls N 04 35.78′ E 101 02.26′

Friday, April 15th, 2011

As-Salam Semua,
Berkesempatan memanjat bukit kledang pada cuti hujung minggu yg lalu bersama kwn syed hishamudin dan juge joi janggoat ke kawasan daerah buntong yg tersorok lokasinya..

Perjalanan dimulakan pada pkl 10 pg dan agak lewat sebenarnya kerana matahari telah pon memancorkan cahaya bahangnya,tp apakan daya,tujuan asal kami adalah untuk me”rikki” kawasan untuk next outing program Perak Alpha Legion pada masa akan datang.

Memula masok,macam tak percaye.sebabnye?rope takde jalan.kami pon pg ke simpan 1 lg,kot-kot tersilap.namun kami berpatah balik ke simpang memula kami masuk td.mana taknya,kene menolak moto masuk ke dalam..

gambo dari sumber henpon canggeh android hesome

ate,menolak le kami naik bukit yg tinggi dan rope takde jalan ni.masuk dlm skt,tak smpe 50m,udah smpe jalan mati.smpe le ke sungei dia.tp moto tak buleh naik.breakpes jap,pastu kami panjat naik ke ateh.dlm 20minit perjalanan smpe le kami ke ayo trojon utame buntong falls ni.pergh,berbaloi kepenatan panjat

sampe kt tempat ni,kami pon ape lg,letak beg masing-masing dan capai kamere.masing-masing amik port kecuali joi yg saje-saje naik nak ikot kami.dia bkn main kamere pon.berikut merupakan gambo-gambo yg saye tangkap..

pade sesape yg nk pegi tu,buleh le pegi,tp jgn lupe bawok GPS skali sbb takut sesat.kami pon main redah ajer.koordinat dia seperti yg tertera kt tajuk entry ni.orait,smpe sini saye nk menulih.bertemu kita dalam episod repeat buntong falls part II di mase akan datang!

Siri Mengejar Matahari Terbenam, Pangkor

Wednesday, March 23rd, 2011

As-salam semua,
bertemu kembali dengan entry mengenai kisah perjalanan mengejar sunset di pangkor.FYI, lokasi gambar sunset ini diambil adalah di kawasan Pantai Pasir Bogak, Pangkor. Kedatangan saya ke pulau ini adalah sebagai peserta kursus,akan tetapi masih tidak dapat melepaskan peluang memburu sunset di pulau yg indah di negeri Perak ini.

Entry ini lebih kepada penonjolan gambar-gambar sunset yg telah diolah oleh saya sendiri mengikut persepsi dan citarasa saya.walaupon impak dr mengejar sunset ini menyebabkan saya demam (kesan dr 4 hari berturut-turut terkena hujan) namun,saya redha dgn hasil yg dapat.indahnya ciptaan Illahi…

dan berikut merupakan gambar mereka yg ada dilokasi.2 dr nya adalah pemancing tegar yakni burn dan ari yg sudi menemani saya (ataupon saya yg menemani mereka)….


Facebook
Iklan