Archive: ‘Me,Myself and I’



MSL :: Perak (0) Vs. Selangor (0)

Thursday, July 7th, 2011

As-salam semua,
kita berehat sebentar dari menjamah mata dengan koleksi gambar perkahwinan saya dengan hiburan sukan terlebih dahulu..sebenornya bukan ape,kang citer ni simpan lama-lama basi pulok..orait kita teruihkan dengan perlawanan Liga Super yang terakhir dimana Perak menentang Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

Perlawanan ini adalah perlawanan terakhir bagi pusingan tahun 2011 dimana Kelantan telah menjadi juara liga dan diikuti oleh terengganu sebagai naib juara.selangor di tempat ke tiga dan Perak di tempat ke enam.tanpa nk taip panjang,dan susahkan kome nk bace,moh kite nengok gambo nye…

Team Perak

Team Selangor

dan kawan-kawan yob4ever yg datang stediem mlm td…

Phottix Strato Review

Monday, May 16th, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini saya bawakan entry blog yang lain dari kebiasaannya.saya sebenarnya bukanlah dasyat dalam bab-bab review ni,tp disebabkan saya membeli sejenis trigger yg dikenali sebagai “phottix strato – 4in1 radio trigger”.seperti yang sedia maklum, phottix mengeluarkan sejenis trigger baru yg agak bagus spesifikasinya.apakah spesifikasinya?silalah mencari di internet menggunakan ejen carian google.

kebanyakkan review-review phottix strato di internet ini kesemua berkisahkan tentang strato mount-mount nikon dan canon.oleh kerana tiada lagi review strato yang ditulis berkenaan dengan sony mount,maka disini saya mengambil kesempatan menulis satu review secara “hands on”

macam ni la rupanya kalau kita beli 1 set strato sony mount.tiada apa bezanya dengan mount-mount lain kecuali pada transmitter,receiver dan juga remote cable.apa yang dapat dalam pakej ini??

dari kiri :: 1 unit transmitter, 1 unit receiver, 4 biji batteri AAA, 2 utas kabel pengikat sangkut, 1 kabel utk remote ke body mana-mana sony alpha/konica minolta/minolta, 1 plug converter untuk digunakan pada strobelight, 1 cable mini jack 3.5″

berikut merupakan bentuk di belakang transmitter dan juga receiver strato ini.di dapati strato menggunakan batteri AAA untuk transmitter dan receiver dia.maka, ianya agak mudah untuk didapati jika bateri kita habis di lokasi penggambaran.betul tak??

jika kita lihat pada gambar pandangan sisi kanan,terdapat 1 mode channel yang berlabel 1,2,3 dan 4 pada strato ini.channel ini digunakan untuk kita setkan beberapa flash mengikut kretiviti kita ke dalam kumpulan yang berbeza.terdapat juga fungsi on, all dan off pada transmitter strato ini.fungsi on dan off rasanya semua orang tahu, akan tetapi fungsi all untuk apa?all disini merujuk kepada bilangan receiver yang telah disetkan kepada beberapa kumpulan.jika kita mahukan kesemua receiver dan flash ini berfungsi serentak (walaupun kita dah setkan kepada beberapa kumpulan),maka mode all akan digunakan.

pada sebelah kiri transmitter pula terdapat satu butang lock yang digunakan bagi mengunci transmitter dari mudah jatuh pabila dikenakan pada kamera sony alpha.maka,ada la sedikit keselamatan disini…

saya telah membeli beberapa jenis receiver tambahan termasuk dari mount sony,nikon dan canon.apa bezanya mount nikon dan canon ni?tengok betul,betul..ada satu pin beza walaupon kedua-duanya ISO mount.phottix strato ini dilengkapi dengan sistem penggera.dimana kala kita tengah fokus kamera kepada subjek sebelum kita menekan shutter,receiver ini akan mengejutkan flash dari tidurnya (standby mode).thats mean ada wake-up function utk flash..

di bawah receiver strato ini,terdapat port 2.5″ mini jack yang digunakan sebagai remote berwayar ataupon tanpa wayar yang akan disambungkan kepada kamera kita.smua nya port sama sahaja tak kira apa jenis mount receiver.jadi, jangan risau sangat kalau beli mount lain.akan tetapi,jika kita menggunakan nikon+flash nikon,digalakkan membeli receiver nikon juga kerana wake-up function hanya terdapat pada receiver nikon itu sahaja.

dari sisi kirinya pula,terdapat port adapter DC 5v yang membolehkan kita menggunakan adapter universal yang jenis masuk dekat plug tu jika kita bateri telah habis.selain itu terdapat port 3.5″ mini jack untuk disambungkan kepada pc sync cable ataupon digunakan bersama cable 3.5″ + adapter untuk dipakai pada strobelight.

orait,setelah serba ringkas penerangan perkakasannya,kita pergi ke bahagian percubaan.saya menggunakan kabel yang telah dimodifikasi (sila rujuk sini dan sini) untuk disambungkan ke flash minolta 5600 HS D ataupun Sony HVL-F56 AM, dan juga boleh digunakan secara terus dari flash ke receiver.terdapat lubang skru dibawah receiver bagi kita sambungkan terus ke tapak tripod / ataupun pemegang payung / ataupun pemegang softbox (sila rujuk gambar diatas).

mengikut spesikifasi strato, trigger ini boleh mencapai kelajuan shutter sehingga 1/250 bergantung kepada jenis kamera yang digunakan.maka saya pun mencuba dengan Konica Minolta Dynax 7d saya dan mendapati kelajuan shutter paling tinggi bagi kamera ini adalah sebanyak 1/200.selepas itu, anda akan perasan ada tirai hitam dipertengahan gambar diatas menunjukkan kelajuan shutter 1/250 tidak boleh digunakan. saya telah mencuba pada Sony a700 dan didapati kelajuan sync maksimum adalah seperti yang dinyatakan sebanyak 1/250.saya boleh sync dengan lebih laju daripada itu, akan tetapi teknik sync lebih laju itu adalah teknik yang lain serta tiada kena mengena dengan review ini.

seperti yang tertera di spesifikasi strato ini, kita dibekalkan 1 kabel untuk digunakan sebagai remote kepada kamera kita.caranya seperti gambar diatas.kita boleh menggunakan wayar seperti setup diatas dengan menyambungkan wayar kepada receiver strato.ataupun dengan menggunakan transmitter strato, kita boleh menggunakan wireless remote yang sangat sesuai jika bergambar secara berkumpulan!

seperti yang kita sedia maklum, sony ada memperkenalkan model dslt (digital single lens transcluent – sila google untuk lebih info) yang menggunakan electronic viewfinder (evf) dan juga live view adalah berdasarkan setting kita. para strobist dikalangan sony amat tidak menggemarkan dslt sony ini kerana skrin akan menjadi gelap jika kita didalam studio environment dan menggunakan setting seperti diatas.

jika kita meletakkan strato diatas sony a55 (ataupun sony a33,dan akan datang sony a77), lcd / evf kita tidak ada fungsi auto gain yang akan menerangkan lcd / evf kita.maka tiada apa fungsi pun strato digunakan sekiranya skrin kita masih gelap.

disini terdapat satu penyelesaiannya,
kepada kaki-kai strobis,pasti anda semua akan terkejut.dengan meletakkan 1 unit flash (mesti on) ke atas strato, lcd / evf kita akan terang dan memudahkan kita (pengguna a55 dan seangkatan) untuk meng-compose dan recompose gambar.

perlu diingat,bahawa jika kita menggunakan setup ini kita akan mendapatkan kelebihan full TTL kepada flash yang dipasangkan pada transmitter.akan tetapi, kita perlu set secara manual utk semua receiver.TTL tidak berfungsi langsung untuk setiap transmitter,cuma receiver sahaja!

jika kita lihat, berkemungkinan flash diatas kamera sedikit sebanyak akan menggangu cahaya (depends pada kehendak jurugambar) dan berat.kalau nak ringan lagi,sila lah menggunakan HVL-F20 AM yg kecik dan kompek. Tetapi jika dilihat dari sudut lainnya, kita boleh membuat satu alat penyerap cahaya flash (buat sendiri ler) dan digunakan untuk menutup cahaya dan juga mengurangkan power daripada flash.dari sudut baiknya pula,kita boleh menambah efek pada gambar dengan penggunaan beauty dish DIY, yg membantu pencahayaan pada impak gambar.

tanpa berlengah panjang,kita teruskan ke lokasi percubaan jarak strato ini pula, (more…)

Berglemores bersama artis ~ nk glemer juge….

Wednesday, May 4th, 2011

As-salam semua,..
maaf kerana tersunyikan diri beberapa ketika.ini kerana faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatan saya pon turut tergangu.walaubagaimana pun, ini sedikit sebanyak tidak menggangu sangat entry ini ditulis (ketika entry ini ditulis,saya baru je pulih dr demam)..

orait,alkisah saya diberi peluang orang rakan-rakan saya di yob4ever mengikuti dan mengcover majlis resepsi zaffa dan azmelia.zaffa ini pula merupakan anak sulung pengarah melayu terkenal, mamat khalid.seperti yang sedia maklum dan dimaklumkan sekarang, mamat khalid sangat rapat dengan ahli forumer yob4ever.maka kami di yob4ever diberi mandat bagi menbuat liputan bagi majlis ini.dimanakah gambar pengantinnya?gambar pengantinnya akan menyusul kemudian.ape yg timbul cuma gambar saya dan rakan-rakan bergambar bersama artis-artis tersohor tanah air.

banyak plak cakap,moh kite layan gambonye!(niat bkn nk riak,cume berkongsi pada semua sahaja).


(more…)

Edisi Jalanan Aquaria

Monday, April 25th, 2011

As-Salam,
enty kali ni nk cerite pasei diri sendiri.maaf ye klu sape-sape tak paham bahasa rojak dialek perak ni.ceritenye bermula pada dua minggu yg lalu,saye berpeluang jenjalan ke kolumpo.bkn saja-saja jalan.tp jalan ada misi seperti serampang dua mata.amik barang dan menghiburkan isteri sebelum beliau bercuti panjang..kenape bercuti panjang?haaa,..nnti saye ceritakan.

kami memulakan perjalanan dengan menaiki keretapi shutter ipoh kl.pagi tu,kakak umaira bangun awei.skali kejut je terus bangun.gamaknya terlalu exited pabila mama nya bg tau mlm sebelum tu kita nk naik “tren”.bekpes kt stesen kretapi ipoh dan bli bekal skt.

3 jam perjalanan naik shutter mmg memeritkan sbb kakak umaira tak nk dok diam.letih berjalan ajer…smpe kt kl sentral,kami terus ke destinasi KLCC sbb disana ada seseorang menunggu.sapekah orang itu????di klcc saya berjumpa dengan din teh o,utk menghantar sdkt barangan yg dipesan..

ini dia,..teh @ mak teh pade umaira.adik ipar saya..setia menanti kerana hendak menemani seharian anak buahnya di kolumpo ni…maklumlah,kakak umaira ni sangat aktif dan pantas bergerak.letih klu kami berdua je nk menjaganya..kami lunch dulu kt foodcourt KLCC,lepaih bertenaga baru le terus ke aquaria ni..

lepaih je masuk palang tiket,teruih meluru kakak umaira.udah tak tentu hale mane ndk pegi.pasei ape?banyak beno nk ditengoknye..tp mamanya panggei,katenye meh tgk ni dulu..yg rendah dan mudah.kakak umaira pon dengo dengan kusyuknya…

dek kerana taksubnye nengok ikan beso,kakak umaira meluru teruih ke cermin aquarium ni.diketuk-ketuk manggeikan ikan ni.ikan ni buat dek ajer…jenuh teh dia pujuk.tp dia tak nk dengor..

sempat juge saye suroh umaira ni posing.tp biasa ler,bebudak ni terlampau exited sangat,ckp kita pon tak dipedulikan sangat.dpt le satu shot kakak umaira dengan ikan-ikan ni…

sempat juge mintak tlg teh utk tlg snap gambo kami.biasa ler,nk juge gambo org amikkan,asyik amik gambo sendirik jer.skali skale nk berehat.nampk si kakak umaira tu,menyerongin je dia…

dek kerana kakak umaira terlalu exited nengok ikan,kakak umaira kene dukung dengan teh.kami berdua mmg tak larat.penat.nasib baik le teh ada nk tlg tengokkan.ni gambo deme berdua.konon-kononnya kt pulo mane le tu ek?hehehehe……….

kenapa pada awal entry blog ni saya katakan isteri saya akan bercuti panjang???heheh….tgk tu,dia skrg sudah berbadan dua.due nya dijangkakan pada 22 mei ni,dapatlah kakak umaira ni adik.insyaallah!tgk gambo ateh ni,entah ape le deme nunjukkan tu..macam-macam

sampe le kite ke acare kemuncak aquaria.yakni terowong aquarium.disini kite bleh nengok bermacam-macam ikan berlegar ateh kepale kite.bile dh mcm ni,biasala kakak umaira terlalu exited sangat.tak mau nk didukung utk pose ataupon ape.letih ngejor.3 round kami pusing dlm trowong ni ajer..

sebenornya,bkn stakat yg muda dan kanak-kanak je exited.yang dh berusia ni pon exited.nengok tu,konon-konon boleh le pegang ikan jaws tu..hahahah……cromin aquarium ni dh dimagnifykan 30%.maka ikan tu nampak besor le skt…

oh ye,lupe nak kabo.dlm aquaria ni mmg gelap.penggunaan cahaya tambahan utk tujuan fotografi dilarang (pake flash tak bleh tau).so saya shot smua gambo ni menggunakan available light.kadang tengok gambo mcm dh naik hancor (kualiti naik teruk),tp nk buat cmne,kene ikut larangan janji jgn gambo blur ajer.tp yg saya perasan,ada juge tak paham bahasa.pake juga flash.yg pakai DSLR pon pakai flash juge.agak-agak la wei.klu compact kamera tu pakai flash paham le juge,ni DSLR yg sangat mahal pon pakai flash..

penat kan?tgk tu,selamba je kakak umaira ni dok rehat sini.orait,habis kami pusing klcc dan aquaria,kami pon pulang.otw kt lrt klcc,terserempak albert.kami melepak kejap kt kl sentral sambil menunggu barang yg nk dibawa pulang dari yusler.pada kawan-kawan yang tak sempat saya nk jumpa kt kl tu,mintak maaf le bebanyak.biasala,banyak komitmen nk diuruskan dengan masa yg singkat.insyaallah dimasa akan datang kita bertemu lagi…

Buntong Falls N 04 35.78′ E 101 02.26′

Friday, April 15th, 2011

As-Salam Semua,
Berkesempatan memanjat bukit kledang pada cuti hujung minggu yg lalu bersama kwn syed hishamudin dan juge joi janggoat ke kawasan daerah buntong yg tersorok lokasinya..

Perjalanan dimulakan pada pkl 10 pg dan agak lewat sebenarnya kerana matahari telah pon memancorkan cahaya bahangnya,tp apakan daya,tujuan asal kami adalah untuk me”rikki” kawasan untuk next outing program Perak Alpha Legion pada masa akan datang.

Memula masok,macam tak percaye.sebabnye?rope takde jalan.kami pon pg ke simpan 1 lg,kot-kot tersilap.namun kami berpatah balik ke simpang memula kami masuk td.mana taknya,kene menolak moto masuk ke dalam..

gambo dari sumber henpon canggeh android hesome

ate,menolak le kami naik bukit yg tinggi dan rope takde jalan ni.masuk dlm skt,tak smpe 50m,udah smpe jalan mati.smpe le ke sungei dia.tp moto tak buleh naik.breakpes jap,pastu kami panjat naik ke ateh.dlm 20minit perjalanan smpe le kami ke ayo trojon utame buntong falls ni.pergh,berbaloi kepenatan panjat

sampe kt tempat ni,kami pon ape lg,letak beg masing-masing dan capai kamere.masing-masing amik port kecuali joi yg saje-saje naik nak ikot kami.dia bkn main kamere pon.berikut merupakan gambo-gambo yg saye tangkap..

pade sesape yg nk pegi tu,buleh le pegi,tp jgn lupe bawok GPS skali sbb takut sesat.kami pon main redah ajer.koordinat dia seperti yg tertera kt tajuk entry ni.orait,smpe sini saye nk menulih.bertemu kita dalam episod repeat buntong falls part II di mase akan datang!


Facebook
Iklan