As-Salam
kembali ke musim cuti sekolah yg bakal menyibukkan kembali ramai jurugambar perkahwinan.kali ini entry yg agak lain kerana entry ini berkisarkan tentang Alpha Flash Workshop yg telah diadakan pada 3.3.2012 di Ipoh anjuran Sony Malaysia.
Saya,selaku ahli Perak Alpha Legion juga turut membantu Jamal,yakni coordinator dan juga rakan kepada saya bagi persediaan workshop ini dengan menyediakan props seperti congkak,model dan juga backdrop hitam bagi menjayakan workshop ini.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.Sambutan workshop ini luar dari jangkaan dimana kehadirannya melebihi daripada list yg berdaftar.
terima kasih kepada rakan-rakan dari Perak Alpha Legion dan juga rakan-rakan lain yg hadir memeriahkan workshop ini.Memang seronok dan enjoy sungguh kami ketika itu.Kami di Perak Alpha Legion berharap agar dapat banyak lagi workshop dan kelas secara hands on ini diadakan di negeri Perak.tanpa menaip lg panjang, mari kita tontoni beberapa gambar model yg sempat saya ambil ketika workshop ini.



















































