Archive: ‘Perak Alpha Legion’



FA Cup :: Perak (3) Vs. Sime Darby (0)

Saturday, March 5th, 2011

As-salam semua…
kita larikan genre skt pada kali ini dengan persembahan sukan bola sepak antara Perak bertemu dgn Sime Darby.Perak mendahului permainan di babak ke 2 dan mengakhiri kemenangan di saat-saat terakhir.mesti org tertanya-tanya,kenapa di blog saya ni,asyik-asyik team perak jer.maka jawapan saya mudah sahaja,saya asal dari Perak dan menetap di Perak.Dengan ini,hampir semua gambar bola sepak ini berkisahkan team tuan rumah.ape-ape pon,saya tak mahu membebel panjang dengan persembahkan gambar pada korang.so enjoy!

Berikut adalah Team Kesebelasan Utama Tuan Rumah 04/03/2011

Team Kesebelasan Utama Sime Darby 04/03/2011

Baik,kita mulakan pula dengan babak-babak permainan

percubaan sime darby berjaya ditepis!

aksi kapten Perak

rembatan akmal rizal yg ditampan

saat indah jaringan ke-2

saat akmal rizal memusnahkan harapan dengan jaringan ke-3

dan akhir sekali,gelagat penyokong pasukan perak..sebenornye,gambo ni gambo kawan lama saya time skolah dulu.tak sangka dpt jmpe balik dlm stadium (walhal dh jmpe pon sblm ni).inilah gambo mereka kenang-kenangan di stadium!!

dan last but not least,gambo kami di tepi padang.picture credit to TM Chan

MSL :: Perak (1) Vs. Johor FC (0)

Wednesday, February 2nd, 2011

As-Salam Semua,
ketemu kembali dalam musim tahun baru cina dan musim demam bagi saya.walaupon masih tidak pulih sepenuhnya (nk demam balik time post entry ni),namun ianya tidak mematahkan semangat saya utk menyaksikan perlawanan MSL Perak menentang Johor FC di stadium ipoh pada 1.2.2011 (yakni semalam).Perlawanan menyaksikan Perak berjaya menjaringkan gol disaat minit kecederaan ke 90 (alamak,bunyi mcm blog sukan le plak)..anyway, untuk membezakan blog ni bkn blog sukan,biarkan gambar menceritakan segalanya!

ketibaan masuk kedua-dua pasukan dan dimulakan dengan lagu negaraku..

setelah group photo,sepak mula diteruskan dan berikut aksi sekitar permainan

dan jaringan kemenangan (saat bola bolos)

orait,..smpe sini saje nk tulih….thanks for watching!!

Game :: Perak (1) vs. Kedah (0)

Wednesday, August 11th, 2010

Salam Ramadhan Semua,
Maaf kerana agak terlewat mengupdated blog saya dek kerana kesibukan kerja dan kesibukan persediaan menjelang ramadhan ini.anyway, entry blog saya kali ini menceritakan kisah action/sports photography yang jarang-jarang kali saya diberi peluang untuk merakamkan aksinya tambahan pulak diberi peluang masuk ke dalam stadium dgn view yang special.

Perlawanan bola ini melibatkan pertembungan antara 2 team negeri iaitu team perak dan team negeri isteri saya,kedah.perlawanan berlangsung dengan aksi-aksi sengit serangan daripada pasukan kedah.namun,umpama bola yang bulat,tiada siapa dapat menduga perlawanan selagi wisel penamat belum dibunyikan.Kemenangan perlawanan ini berpihak ke Perak dengan jaringan satu berbalas kosong (1-0).

saya tak sempat mengambil gambar dengan banyak (tambahan pulak gambar ketika jaringan dilakukan) kerana pada malam itu hujan turun.berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan!

kami sempat juga bergambar sesama sendiri sebelum game dimulakan


Dari kanan :: me, hesome dan joe pengkalan (yang pakai vest oren ler)

Trigger apa sesuai untuk sony/minolta?

Wednesday, May 5th, 2010

Ramai pengguna sony alpha / konica minolta tertanya-tanya,apakah jenama trigger yang paling sesuai digunakan oleh sistem kamera mereka bagi berkongsi flash dengan sistem kamera yang lain seperti nikon,canon,pentex dan lain-lain.saya juga merasa tersisih kerana kebanyakkan trigger flash yg murah ini hanya dibuat bagi penggunaan tapak flash ISO sahaja dalam erti kata lain,cume utk brand selain sony/konica minolta.Maka, hari ini saya bawakan jawapan kepada anda semua..

Phottix aster,adalah jenama trigger antara yang termurah dipasaran menawarkan trigger yang sesuai untuk pengguna sony alpha/konica minolta dengan sedikit pertambahan pengubahsuaian.gambar diatas merupakan standart pakej bagi set trigger yang boleh didapati di mana-mana kedai kamera.antara barang-barang yg disediakan sekali di dalam pakej adalah ::
- 1 transmitter
- 1 receiver
- 1 kabel mono minijack (tiada didalam gambar)
- 1 kable mono minijack ke pc sync
- 1 adapter mono minijack ke big mono jack


item kiri :: ISO to Sony shoe converter
item kanan :: Sony to ISO shoe converter

gambarajah di atas menunjukkan peralatan tambahan untuk digunakan bersama trigger phottix aster ni.berikut adalah gambar gabungan converter ini dengan trigger set phottix aster ini.


Sony to ISO shoe converter (item kiri) digunakan bersama pada transmitter trigger
** maaf,kualiti gambar tak memuaskan kerana menggunakan telefon K850i


ISO to Sony shoe converter (item kanan) digunakan bersama pada receiver trigger


begini la rupanya pabila digunakan bersama flash

ok,..sekarang untuk sesi percubaan
flash yang digunakan adalah
1. Sony HVL-F58AM
2. Minolta 5600 HS (sama seperti Sony HVL-F56AM)
3. Cybertik DFMZ45


BERJAYA!!! (more…)

Tutorial : Perbaiki Flash Sony HVL-F58am

Friday, March 26th, 2010

Kita bertemu kembali.Kali ini saya sertakan tutorial untuk menukarkan kaki flash sony HVL-F58am milik rakan saya yang telah menerima nasib yang sama seperti saya.part no dia adalah X23187101 dan boleh dipesan di mana-mana pusat service sony dengan harga RM155.00.

AMARAN ::
SEBARANG RISIKO ATAU KEROSAKAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU APA-APA MALAPETAKA PADA FLASH ANDA!!

Tanpa berbual panjang mari kita ikuti tutorial ini..


1. Mula-mula,…kita bukak 6 batang skru kt bawah flash tu.


2. Haa,…camni le rope dalam tu.perhatikan ribbon tu.hati-hati ketika mencabutnya.


3. Ok,..camni la rupe kaki yang telah dicabut.


4. Kita tengok bahagian belakang pulak,..


5. Kemudian kita sambung kembali pada tempat penyambung yang telah kita buka.


6. Camni la rupa pabila dah pasang ribbon tu.


7. Pastu kita pasang balik.


8. kemudian kita pasang skru balik dan siap

Sekarang,
Kita cuba tengok macamana.berhasilkah ia?

:: Cubaan Pertama ::
Ambil gambar secara mendatar…


BERJAYA!

:: Cubaan Kedua ::
Ambil gambar secara menegak…

BERJAYA!

OK,dah berjaya pn.selamat dan suksess semuanya.
pada sesiapa yang menghadapi masalah sebegini,boleh buat rujukan melalui tutorial saya.tp ingat,pastikan warranty flash anda telah habis.kalau ada lagi warranty, baik hantar balik ke service center.


Facebook
Iklan