Archive: ‘Yob4ever’



Malaysia Cup :: Perak (0) Vs Selangor (1)

Saturday, October 15th, 2011

Assalam Semua,
kembali ke deman musim bola dengan perlawanan pusingan ke 2 suku akhir Piala Malaysia dimana pasukan Perak menentang pasukan Selangor. Keputusan bagi Suku Akhir pertama menyaksikan Selangor menang 3-1 ke atas Perak di stadium Shah Alam.berikut laporan bergambar suku akhir ke 2 yg menyaksikan Selangor mara ke separuh akhir

Suasana di Stadium gamat seketika dek kerana salah satu lampu spotlight stadium tertutup dengan sendirinya pada minit ke 30.ini memberikan peluang kepada kedua-dua pasukan bagi berehat untuk menyusun strategi.kami di belakang tabir mengambil peluang merakamkan aksi kami dan aksi penonton yg mencuit hati!

tgk blkg tu,..deme melepak kan?time ni salah 1 lampu sportlight tertutup dan mengambil masa utk dihidupkan kembali mungkin atas dasar masalah teknikal.orait,smpe disini sahaja saya mencoret!!!

MSL :: Perak (0) Vs. Selangor (0)

Thursday, July 7th, 2011

As-salam semua,
kita berehat sebentar dari menjamah mata dengan koleksi gambar perkahwinan saya dengan hiburan sukan terlebih dahulu..sebenornya bukan ape,kang citer ni simpan lama-lama basi pulok..orait kita teruihkan dengan perlawanan Liga Super yang terakhir dimana Perak menentang Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

Perlawanan ini adalah perlawanan terakhir bagi pusingan tahun 2011 dimana Kelantan telah menjadi juara liga dan diikuti oleh terengganu sebagai naib juara.selangor di tempat ke tiga dan Perak di tempat ke enam.tanpa nk taip panjang,dan susahkan kome nk bace,moh kite nengok gambo nye…

Team Perak

Team Selangor

dan kawan-kawan yob4ever yg datang stediem mlm td…

Berglemores bersama artis ~ nk glemer juge….

Wednesday, May 4th, 2011

As-salam semua,..
maaf kerana tersunyikan diri beberapa ketika.ini kerana faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatan saya pon turut tergangu.walaubagaimana pun, ini sedikit sebanyak tidak menggangu sangat entry ini ditulis (ketika entry ini ditulis,saya baru je pulih dr demam)..

orait,alkisah saya diberi peluang orang rakan-rakan saya di yob4ever mengikuti dan mengcover majlis resepsi zaffa dan azmelia.zaffa ini pula merupakan anak sulung pengarah melayu terkenal, mamat khalid.seperti yang sedia maklum dan dimaklumkan sekarang, mamat khalid sangat rapat dengan ahli forumer yob4ever.maka kami di yob4ever diberi mandat bagi menbuat liputan bagi majlis ini.dimanakah gambar pengantinnya?gambar pengantinnya akan menyusul kemudian.ape yg timbul cuma gambar saya dan rakan-rakan bergambar bersama artis-artis tersohor tanah air.

banyak plak cakap,moh kite layan gambonye!(niat bkn nk riak,cume berkongsi pada semua sahaja).


(more…)

MSL :: Perak (4) Vs. Kelantan (0)

Wednesday, April 13th, 2011

As-Salam semua.
maaf kerana terlewat sedikit mengupdated entry sukan ni.almaklumlah,kisah-kisah sukan ni kene updated cepat,klu idak dah basi.ni semua dek kerana gangguan internet dirumah saya.nasib baik kanuarmono dh tlg setelkan arini..lega!

Perlawanan meriah dan “HAVOC” yang diadakan di Ipoh antara pasukan tuan rumah dan juga pelawat (pelawat tau,bkn plawok “skrip HKLBR”) yakni Kelantan dibanjiri dengan kehadiran lebih drpd 25,000 org penyokong tuan rumah.GAMAT stadium dibuatnya..tanpa berbicara panjang, mari kita tontoni sedutan laporan bergambo game semalam..

Barisan Kesebelasan Pasukan Perak

Barisan Kesebelasan Pasukan Kelantan

Sepak mula di acarakan.Kelantan nampak mengawal permainan selama 90 minit.ini menyukarkan saya untuk mendapat gambar serangan dari pasukan Perak kerana kedudukan saya berada di belakang gawang gol Kelantan.berikut merupakan aksi-aski sekitar 90minit perlawanan.

Berikut merupakan saat-saat manis ketika jaringan untuk pasukan Perak mengikut flow turutan gol dr no 1-4.Maaf ye,saya tak berapa nak ingat sangat nama pemain..

dan masa perlawanan ini juga ada insiden pergaduhan antara penyokong Kelantan dan Perak.disini saya cume sertakan sekeping sahaja gambar.bkn ape,takut nnti meng”aib”kan orang sahaja.lain-lain merupakan gambar-gambar rakan saya,serta reaksi peminat serta fanatiknya geng Yob4ever.stkt ini saya menulis.terima kasih kerana membaca!hehehehe….

FA Cup :: Perak (3) Vs. Sime Darby (0)

Saturday, March 5th, 2011

As-salam semua…
kita larikan genre skt pada kali ini dengan persembahan sukan bola sepak antara Perak bertemu dgn Sime Darby.Perak mendahului permainan di babak ke 2 dan mengakhiri kemenangan di saat-saat terakhir.mesti org tertanya-tanya,kenapa di blog saya ni,asyik-asyik team perak jer.maka jawapan saya mudah sahaja,saya asal dari Perak dan menetap di Perak.Dengan ini,hampir semua gambar bola sepak ini berkisahkan team tuan rumah.ape-ape pon,saya tak mahu membebel panjang dengan persembahkan gambar pada korang.so enjoy!

Berikut adalah Team Kesebelasan Utama Tuan Rumah 04/03/2011

Team Kesebelasan Utama Sime Darby 04/03/2011

Baik,kita mulakan pula dengan babak-babak permainan

percubaan sime darby berjaya ditepis!

aksi kapten Perak

rembatan akmal rizal yg ditampan

saat indah jaringan ke-2

saat akmal rizal memusnahkan harapan dengan jaringan ke-3

dan akhir sekali,gelagat penyokong pasukan perak..sebenornye,gambo ni gambo kawan lama saya time skolah dulu.tak sangka dpt jmpe balik dlm stadium (walhal dh jmpe pon sblm ni).inilah gambo mereka kenang-kenangan di stadium!!

dan last but not least,gambo kami di tepi padang.picture credit to TM Chan


Facebook
Iklan