As-salam dan salam sejahtera
salam tahun baru 2012.entry sempena tahun baru ini berkisarkan konsert penyanyi muzik padang pasir yg terkenal yakni maher zain di Ipoh sempena Konsert Maher Zain Untukmu Rakyat yg berlangsung pada 24 Disember yang lalu..
Konsert dianjurkan secara percuma oleh kerajaan negeri perak bertujuan memberi hiburan ilmiah kepada semua rakyat perak bagi aktiviti penutup tahun 2011.Pengacara pada malam itu adalah Dato AC Mizal yg sememangnya gamat dengat loghat peraknya (kadangkala la)memeriahkan lagi majlis..
Persembahan sulung pembukaan dipersembahkan oleh PaPa Rock kita yakni ramli sarip yang datangnya cool dan bersahaja bersama sebuah gitar.beliau mempersembahkan beberapa lagu antaranya (klu masih saya igt lagi)doa buat kekasih, syair laila majnum, teratai dan beberapa lagi..
Persembahan berikutnya pada malam itu pula dari artis yg baru meningkat naik, Irfan Makki.namanya begitu pelik sekali pd persepsi kita.Siapakah beliau?oh mmg saya tak kenal pd awalnya..(inilah masalahnya kalau org bergenre metal gatal pegi review konsert lain, lepas tu malas catit plak tu)
tp dah lama dia perform,baru teringat beliau ada berduet dengan maher zain dalam satu lagu.ape lagu tu?nthla pulak sbb dah lupa.mostly lagu begini mmg easy listening pd saya dan saya mendengarnya tanpa menghiraukan tajuk lagu.apa yg sedap di telinga saya,saya layankan ajer..
setelah semuanya selesai,
persembahan klimaks pon bermula. Maher Zain tampil dengan imej bertopi beliau menyebabkan ramai anak dara,mak dara serta yg bukan dara (teruna)pon menjerit mcm kena histeria.asyik sangat dengan artis pujaan mereka dan begitulah ragam biasa di kala mana-mana konsert.
Malam semakin berlarut dan saya semakin rimas dengan kedudukan saya yg jauh dari pentas utama lebih kurang 150m jaraknya menyebabkan saya menerima tanparan yg hebat menangkap gambar dari sudut yg jauh (lenguh berdiri sebenornya).lalu saya pon menukarkan tempat saya ke belakang stage.nasib baik bwk adek lelaki.dia juga tlg-tlg saya shoot skali maka secara tak langsung la boleh berehat…
setelah berehat sebentar,lepak dengan kawan-kawan saya belakang stage dengan joi,net dan beberapa lagi saya pon bercadang nk tukor port lagi dan kedepan pulak dikala konsert hampir ke penghujungnya.kesemua penonton bangun dikala lagu terakhir Maher Zain – For the rest of my life membuatkan saya berpeluang menyelinap ke depan sekali..
rupanya yg buatkan ramai penonton gamat sebab Maher Zain bertukar baju melayu,padan ler ramai yg teruja (gambar seperti diatas).dapatlah juga saya beberapa shot closed up.so kalau kualiti kurang memuaskan,faham-fahamlah sebab terdapat banyak limitasi saya bagi mendapatkan gambar hanya utk di-blogkan (certain shot blur,tp moment dia chantek jd saya ambil juga utk dipostkn kedalam entry)..
ok,..sebelum balik sempat juga bergambo kenangan.macam biasa lah,saya sebagai penjaga kepada 2 adek,2 kwn adek beso tanggungnjawabnya,.padehei yg adek saya yg perempuan tu saya bg masa kelonggaran utk dia enjoy quality time dengan kawan-kawannya…
dan seperti juga mana-mana konsert,cawan-cawan,pembalut makanan serta sampah sarap bertaburan setelah selesai konsert.nampaknya masyarakat kita masih tak peka terhadap perkara ini lagi…siapa bersalah?sama-sama kita fikirkan..
































![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6012/5973219755_0c5165d32e_z.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6149/5973783408_afb9d294ce_z.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6124/5973220407_d0a6df01e6_z.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6131/5973225995_d36c4bc275_z.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6023/5973776116_4ee6fa0b83_b.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6030/5973218979_389cac20a9_b.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6125/5973781038_411f7abb6a_z.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6148/5973779914_804379dd2a_b.jpg)
![:: Sofea [SYJ] Live in KL ::](http://farm7.static.flickr.com/6015/5973782274_0d0be2bcc7_b.jpg)




