Salam semua,..
kali ini saya berpeluang menjadi jurugambar rasmi bagi sebuah majlis cukur jambul dan naik buai saudara khalish,irfan dan irsyad.majlis diadakan di kampung sungai tapah,ipoh pada 15.8.2009 iaitu seminggu sebelum umat islam menyambut kedatangan bulan ramadhan..
Kepada sesiapa yang tidak tahu apakah majlis ini,saya akan terangkan secara serba ringkas..
Majlis cukur jambul ini biasa diadakan bagi orang melayu dan adalah menjadi kebiasanya adalah sebagai satu majlis kesyukuran apabila seseorang bayi itu telah selamat dilahirkan.majlis ini diubahsuai namanya dan cara menyambutnya mengikut tempat, lokasi serta etnik pecahan kaum melayu itu sendiri.ada sesetengah org memanggil dia “kenduri marhaban”,”cukur jambul”,”naik buai” dan di perak org memanggil majlis ini sebagai “majlis naik boyan”.
Si comel bersama ibu tercinta..
Si comel bersama Keluarga tercinta..
gelagat makcik kepada si bayi,..hehehehe
Majlis ini turut dibantu oleh penolong jurugambar rasmi,encik juraimi jaafar.Terima kasih..













