Trigger apa sesuai untuk sony/minolta?

Ramai pengguna sony alpha / konica minolta tertanya-tanya,apakah jenama trigger yang paling sesuai digunakan oleh sistem kamera mereka bagi berkongsi flash dengan sistem kamera yang lain seperti nikon,canon,pentex dan lain-lain.saya juga merasa tersisih kerana kebanyakkan trigger flash yg murah ini hanya dibuat bagi penggunaan tapak flash ISO sahaja dalam erti kata lain,cume utk brand selain sony/konica minolta.Maka, hari ini saya bawakan jawapan kepada anda semua..

Phottix aster,adalah jenama trigger antara yang termurah dipasaran menawarkan trigger yang sesuai untuk pengguna sony alpha/konica minolta dengan sedikit pertambahan pengubahsuaian.gambar diatas merupakan standart pakej bagi set trigger yang boleh didapati di mana-mana kedai kamera.antara barang-barang yg disediakan sekali di dalam pakej adalah ::
- 1 transmitter
- 1 receiver
- 1 kabel mono minijack (tiada didalam gambar)
- 1 kable mono minijack ke pc sync
- 1 adapter mono minijack ke big mono jack


item kiri :: ISO to Sony shoe converter
item kanan :: Sony to ISO shoe converter

gambarajah di atas menunjukkan peralatan tambahan untuk digunakan bersama trigger phottix aster ni.berikut adalah gambar gabungan converter ini dengan trigger set phottix aster ini.


Sony to ISO shoe converter (item kiri) digunakan bersama pada transmitter trigger
** maaf,kualiti gambar tak memuaskan kerana menggunakan telefon K850i


ISO to Sony shoe converter (item kanan) digunakan bersama pada receiver trigger


begini la rupanya pabila digunakan bersama flash

ok,..sekarang untuk sesi percubaan
flash yang digunakan adalah
1. Sony HVL-F58AM
2. Minolta 5600 HS (sama seperti Sony HVL-F56AM)
3. Cybertik DFMZ45


BERJAYA!!!

testing mode L ataupon optical mode dgn sebuah telefon bimbit sony ericsson K850i dgn flash pada telefon


berjaya! (maaf,anak saya digunakan sebagai model percubaan ini)

exif data pada gambar tersebut adalah
Camera:
Sony Ericsson K850i
Exposure:
0.004 sec (1/250)
Aperture:
f/2.8
Focal Length:
5.2 mm
ISO Speed:
100
Exposure Bias:
0 EV
Flash:
Auto, Fired
atau boleh klik sini untuk lebih detail

jika anda tidak suka flash ini kelihatan tinggi,ada 1 lg cara.caranya adalah menyambungkan wayar mono minijack kepada pc sync disambungkan ke shoe converter tersebut seperti ini

kelebihan phottix aster berbanding trigger jenama yang lain ::
- tidak perlu modifikasi kepada receiver utk digunakan pada sistem sony.
- ada optical function (trigger based on percikan cahaya).
- boleh digunakan sbg stand flash dan diletakkan bersama tripod.
- 4 channel radio wave.


Trigger Phottix Tetra PT04II yang telah saya ubahsuai

sebelum ini,saya menggunakan trigger phottix tetra PT04II.oleh kerana terlampu besar saiznya dan kebetulan saya mempunyai 1 receiver dan 1 transmitter,maka saya ambil langkah mencuba phottix aster ini dari membeli beberapa set receiver tetra PT04II.

oh ya,ada satu jenama yang saya tahu boleh digunakan utk sistem sony ni dikenali sebagai pocket wizard.akan tetapi harganya agak mahal dan sangat bagus.pada saya,pakai sahajalah apa yang mampu..

nota ::
- saya menulis mengenai trigger ini bertujuan ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan di luar sana.
- saya tidak dibayar dan tidak di taja oleh kampeni phottix ataupon mana-mana kampeni untuk membuat review barangan ini.
- kesemua peralatan di atas merupakan peralatan saya sendiri
- sebarang kerosakan atau kemalangan adalah dibawah tanggungjawab sendiri

Tags: , , , , , ,

13 Responses to “Trigger apa sesuai untuk sony/minolta?”

  1. kepompong says:

    terbaik la abam!!

  2. kepompong says:

    lpe lak..terima kasih atas info..cepat bebenor teman nak tekan enter..

  3. azamnecrone says:

    mekasih chor!

  4. khairul onggon says:

    wow.. baguih2.. aku baru balik ipoh.. sorry aku sibuk kerja.. gambar pun tak ambik huh..

  5. azamnecrone says:

    lor,..apesal tak kabor smpe ipoh?

  6. che saiful says:

    salam.
    Phottix aster boleh digunakan bersama Nissin Di622 tak?

  7. Azamnecrone says:

    maaf,
    saya tiada flash nisin tersebut.tp klu ada,ape salahnya utk kita mencuba.cuba rujuk pada website phottix utk keterangan lanjut!

  8. Jonathan says:

    Hi, great review! Hope you can help me with a couple of questions:

    1, Where to get the Octopus ISO -> Sony Hotshoe, and Sony hotshoe -> ISO converters

    2, Flash + hotshoe converter + Phottix receiver, stable enough to mount on tripod? (in this pic: http://farm4.static.flickr.com/3364/4574776755_d3c5af306b_o.jpg)

    I’m using A200, F42. Would like to get the Phottix Aster, and probably Nissin as 2nd/3rd flash. If the Phottix Aster can trigger all of them, cantik!!

    Thanks!

  9. azamnecrone says:

    1st of all,
    thanks for dropping by me malay blog..

    to answer ur question ::
    1. u can buy it online at
    http://www.lelong.com.my/hot-shoe-adapter-sony-alpha-a900-a700-a350-a300-a200-a100-K531902-2007-01-Sale-I.htm

    2. nowdays i didnt use flash + hotshoe converter+phottix receiver.i only use FA-MC1AM cable (moded)+original flash stand+phottix receiver

    if im not mistaken,
    if u are using f42, u need to sync the flash with the body 1st.as nisin i think it can be triggered with aster!

  10. matjenin says:

    nak tanya nih

    1. Phottix aster nih mmg x de utk sony kan.. so kalo beli x kira lah sama ada utk canon atau nikon pny kan??
    2. ISO to Sony shoe converter dan Sony to ISO shoe converter ni ada kah dua benda yg berbeza?? kalo beli phottix yg nikon pny sbg contoh boleh ke guna masuk converter tersebut??

    harap dapat menjawab kekusutan ini.. thank.

  11. azamnecrone says:

    ni jawapannya bro,..
    1. yup,takde utk sony dan juge takde utk nikon dan canon.ianya just generic radio trigger yg pakai ISO mount.sony pnye mount name dia iISO
    2. ISO->iISO digunakan dengan flash (receiver+converter+flash).manakala iISO->ISO digunakan pada body(body+converter+transmitter).mmg dua2 berbeza..dgn ada dua2 ni,ianya mmbenarkan kita menggunakan sistem ISO phottix ni!

    harap dapat menjawab kekusutan ini!

  12. matjenin says:

    okies. faham la.. tq.
    tiba2 ada plak phottix strato utk sony mount.. so better ambik yg strato pny

  13. azamnecrone says:

    lebih kurang cmtu le bunyi nyer….

Leave a Reply


*

Facebook
Iklan