Maher Zain live in IPOH!

January 1st, 2012

As-salam dan salam sejahtera
salam tahun baru 2012.entry sempena tahun baru ini berkisarkan konsert penyanyi muzik padang pasir yg terkenal yakni maher zain di Ipoh sempena Konsert Maher Zain Untukmu Rakyat yg berlangsung pada 24 Disember yang lalu..

Konsert dianjurkan secara percuma oleh kerajaan negeri perak bertujuan memberi hiburan ilmiah kepada semua rakyat perak bagi aktiviti penutup tahun 2011.Pengacara pada malam itu adalah Dato AC Mizal yg sememangnya gamat dengat loghat peraknya (kadangkala la)memeriahkan lagi majlis..

Persembahan sulung pembukaan dipersembahkan oleh PaPa Rock kita yakni ramli sarip yang datangnya cool dan bersahaja bersama sebuah gitar.beliau mempersembahkan beberapa lagu antaranya (klu masih saya igt lagi)doa buat kekasih, syair laila majnum, teratai dan beberapa lagi..

Persembahan berikutnya pada malam itu pula dari artis yg baru meningkat naik, Irfan Makki.namanya begitu pelik sekali pd persepsi kita.Siapakah beliau?oh mmg saya tak kenal pd awalnya..(inilah masalahnya kalau org bergenre metal gatal pegi review konsert lain, lepas tu malas catit plak tu)

tp dah lama dia perform,baru teringat beliau ada berduet dengan maher zain dalam satu lagu.ape lagu tu?nthla pulak sbb dah lupa.mostly lagu begini mmg easy listening pd saya dan saya mendengarnya tanpa menghiraukan tajuk lagu.apa yg sedap di telinga saya,saya layankan ajer..

setelah semuanya selesai,
persembahan klimaks pon bermula. Maher Zain tampil dengan imej bertopi beliau menyebabkan ramai anak dara,mak dara serta yg bukan dara (teruna)pon menjerit mcm kena histeria.asyik sangat dengan artis pujaan mereka dan begitulah ragam biasa di kala mana-mana konsert.

Malam semakin berlarut dan saya semakin rimas dengan kedudukan saya yg jauh dari pentas utama lebih kurang 150m jaraknya menyebabkan saya menerima tanparan yg hebat menangkap gambar dari sudut yg jauh (lenguh berdiri sebenornya).lalu saya pon menukarkan tempat saya ke belakang stage.nasib baik bwk adek lelaki.dia juga tlg-tlg saya shoot skali maka secara tak langsung la boleh berehat…

setelah berehat sebentar,lepak dengan kawan-kawan saya belakang stage dengan joi,net dan beberapa lagi saya pon bercadang nk tukor port lagi dan kedepan pulak dikala konsert hampir ke penghujungnya.kesemua penonton bangun dikala lagu terakhir Maher Zain – For the rest of my life membuatkan saya berpeluang menyelinap ke depan sekali..

rupanya yg buatkan ramai penonton gamat sebab Maher Zain bertukar baju melayu,padan ler ramai yg teruja (gambar seperti diatas).dapatlah juga saya beberapa shot closed up.so kalau kualiti kurang memuaskan,faham-fahamlah sebab terdapat banyak limitasi saya bagi mendapatkan gambar hanya utk di-blogkan (certain shot blur,tp moment dia chantek jd saya ambil juga utk dipostkn kedalam entry)..

ok,..sebelum balik sempat juga bergambo kenangan.macam biasa lah,saya sebagai penjaga kepada 2 adek,2 kwn adek beso tanggungnjawabnya,.padehei yg adek saya yg perempuan tu saya bg masa kelonggaran utk dia enjoy quality time dengan kawan-kawannya…

dan seperti juga mana-mana konsert,cawan-cawan,pembalut makanan serta sampah sarap bertaburan setelah selesai konsert.nampaknya masyarakat kita masih tak peka terhadap perkara ini lagi…siapa bersalah?sama-sama kita fikirkan..

:: Aidy + Sha | 11 Sept 2011 ::

December 26th, 2011

As-salam Semua,..
kembali lagi di akhir tahun 2011 dengan sambungan entry weddings.kebetulan cuti agak panjang dengan sambutan krismas,maka dapatlah saya meluangkan masa utk mengupdated entry blog saya lg..pasangan merupakan rakan satu sekolah dengan saya (aidy) tetapi berlainan tahun.kami di Khacamata Art & Studio mengucapkan “Semoga Berbahgia la khendakNya hingga ke akhir hayat,”..tanpa membuang masa mari kita layan gambar dari entry ini..

:: Afizal + Akmar | 11 Jun 2011 ::

December 4th, 2011

As-salam semua,
kesibukan di minggu percutian sekolah ini menyebabkan saya hampir terlupa utk memasukkan pelbagai entry utk blog saya ini.alhamdulillah berjaya juga saya mencuri masa bagi mengabadikan cinta Afizal & Akmar bagi entry saya kali ini.Kami di Khacamata Art & Studio mengucapkan setinggi tahniah moga berbahgia ke anak cucu kepada pasangan.mari kita tontoni sesi luar pintu pasangan ini..

:: Nizam + Adawiyah | 4 Jun 2011 [part2] ::

November 11th, 2011

As-salam semua,
kembali dengan entry wedding di tarikh keramat 11.11.11.ramai yg memilih tarikh ini sebabnya unik.so bermula lah kisah sibuk ramai jurugambar perkahwinan pada hari tersebut.so saya pula ingin mengupdatedkan entry saya pada kali ini.entry ini adalah kisinambungan dari entry sebelum ini dimana saya menyediakan tatapan bergambar majlis resepsi antara Nizam & Adawiyah.kami di Khacamata Art & Studio mengucapkan “Tahniah kepada kedua pasangan,moga bahgia le khendakNya”

Siri Jalanan Zoo Taiping

November 9th, 2011

As-salam semua,
kali ini kita lainkan sedikit entry dengan cerita pasal diri saya pula.kenapa?lama bebenor rasanya tak update entry pasal diri sendiri walhal ni blog teman.hahahah..so just nk share few pix semasa kami berjalan ke zoo taiping..

sebenarnya tak plan pon nk ke sini.saya ditugaskan pada 9 oct haritu menghantar cendrehati ke Kuala Kangsar sempena Lawatan rasmi puspanita ke sana.alang-alang terlajak le ke zoo ni.banyak berubah dah tempat ni.berpuluh taun rasanya tak datang.maaf le pasal tak banyak sangat gambar sbb most of the time naik train dlm zoo sbb malas nk jalan kaki (few shots pakai talipon,malas nk share kt sni).

anyway terhibur si kakaknya pergi zoo,mmg tak nak balik.nsb baik dah lewat.aritu mmg seronok nya dia sampekan panggil nk bergambar pon payak dek kerana kusyuk dengan haiwan di zoo..hahah!


Facebook
Iklan