As-Salam dan Salam Sejahtera Semua,
bertemu utk entry di dunia maya kali ini pada awal febuari 2012.entry berkisarkan kawasan tapak rekreasi yg tengah dalam proses dibangunkan.kawasan terletak di Bio-Dcity, Meru Raya Ipoh yg sedang dibangunkan oleh Jab. Perhutanan Negeri Perak bertujuan utk pusat rekreasi di kawasan Meru.Jadi,pada pelawat dan pengunjung yg ingin ke sini harap bersabar sehingga infrastruktur siap.
Saat dan tatkala saya menulis entry ini,adalah masa kelapangan saya setelah selesai semua album kahwin utk tahun 2011.insyaallah,gambar-gambar pasangan pengantin yg saya ambil akan diupdated skt masa lg.Maka bermulalah perjalanan kami ke sana pada 28 Januari 2012 pada awal pagi.
Image by Syed Hishamudin a.k.a hesome
Perjalanan hendak memasuki kawasan ini agak sukar kerana tanpa infrastruktur yg baik seperti jalanraya menyukarkan kami.nasib baik ade kereta berpacuan empat roda kepunyaan Salam,maka perjalanan kami dipermudahkan sikit.akan tetapi kereta hilux tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan dek kerana tayarnya on-da-road maka kami terpaksa berjalan kaki sedikit.
Perjalanan dari tempat letak kereta kami ke destinasi pertama kami tak jauh.dalam satu kilometer dalamnya.sepanjang perjalanan kaki kami ni,kami diuji dengan cabaran jalan berlecah dan becak.ini menyukarkan perjalanan pada mereka yg berkaki-selipar (saya pakai kasut ke hutan,hahaha!) sehinggakan terpaksa berhenti seketika memberi peluang kepada salah seorang dari kami berehat mengambil angin sebelum meneruskan perjalanan.(siapa yg pancit tu?silalah teka ye)
setibanya ke kawasan berair terjun yg pertama,kami berhenti bagi mengambil gambar khazanah kawasan air terjun yg belum terusik ini.rancangan asalnya nak naik lagi ke dalam bagi tujuan mandi manda,tapi disebabkan ada masalah kepancitan pada salah seorang dari kami,maka hasrat itu dibatalkan.nampak gayanya kene repeat lagi le lepas ni..
kami berehat dan meng-abadikan gambar kami disini dalam masa lebih kurang 2 jam disana sebelum kami beredar.tujuan kami masuk kawasan ini,adalah bagi mendapatkan gambar khazanah keindahan air terjun sebelum orang lain datang.faktor keselamatan perlulah dijaga.sebelum masuk ke kawasan ini sempat saya membuat makluman ke pada kakitangan jabatan yg berkaitan tentang tujuan kami ini.
ok,setakat ini saya menulis.insyaallah,lain kali jika diberikan peluang ke kawasan ini lagi saya akan journalkan perjalanan dengan gambar sepanjang perjalanan ke sini.hari tu tak sempat buat sebab risaukan keselamatan rakan yg lain.sempat juga lah ambil gambar dalam kereta semasa hendak pulang..orait,..bai!







